6.5 Isu Guru Interim
Isu guru
interim ini masih baru diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Tujuan program Guru
Interim ini bagi mengisi kekosongan penempatan yang ditinggalkan oleh GSTT yang
ditawarkan pengajian DPLI di seleruh IPT di Malaysia. Guru Interim adalah guru
yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi mengisi kekosongan
sementara di sekolah-sekolah KPM. Perkhidmatan mereka adalah sehingga akhir
tahun 2012 dan boleh ditamatkan dengan notis sebulan apabila terdapat bekalan
guru tetap yang diterima dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pada Januari 2012, KPM telah melantik 2,397
graduan IPTA daripada 5,510 graduan sebagai Guru Interim bagi memenuhi
keperluan pengisian guru-guru di Sekolah Menengah. Berikutan penempatan ini,
perkhidmatan Guru Interim tersebut akan ditamatkan. Walaubagaimanapun, Guru
Interim yang berjaya temuduga akan ditempatkan dan dilantik sebagai Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) pada 23 Mei 2012 berdasarkan keperluan
pengisian mengikut opsyen pengajaran di Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan,
SJKC dan SJKT. Oleh itu, perkhidmatan mereka juga berdasarkan kontrak sekiranya
tamat tempoh mereka perlu mendapat persetujuan daripada SPP untuk meneruskan
kontrak tertakluk pada kekosongan guru. Isu ini masih baru dan tidak lagi menunjukkan
kesan yang begitu membimbangkan. Tiada kajian juga dijalankan mengenai isu in.
Oleh itu, setiap pelaksanaan sesuatu dasar pasti akan memberikan kesan kepada
pihak tertentu. Kesan yang paling ketara terhadap graduan pendidikan yang baru
menamatkan pengajian di mana bekerja mengikut kontrak tanpa mendapatkan jawatan
yang tetap. Ini tidak adil bagi mereka yang sepatutnya di dahulukan penempatan
daripada graduan dari program KPLI dan DPLI. Selain itu, proses penempatan
kepada graduan baru mengambil jangka masa yang lama kerana graduan ISMP tidak
lagi mendapat penempatan yang tetap.
No comments:
Post a Comment