Thursday, 24 May 2012

Definisi Guru


2.0 Definisi Guru
Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang (1990) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat. Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai keterampilan membina kelompok, berkerjasama dalam kelompok untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Dalam bahasa Arab pula dipanggil sebagai mudarris yang bermaksud sebagai pengajar. Walau bagaimanapun dalam islam guru itu bukan sahaja bertugas sebagai pengajar sahaja. Mereka akan dipanggil dengan pelbagai penggilan yang merujuk kepada tanggungjawab guru yang sebenar. Antara pnggilan tersebut ialah al-Mu’allim, al-Murabbi, al-Mu’addib dan al-Mursyid. Al-Mu’allim bermaksu menyampaikan ilmu yang benar. manakala al-Murabbi pula merujuk kepada menjayakan proses tarbiah atau mendidik. Al-Mu’addib pula bermaksud mengajar adab dan budi pekerti dan al-Mursyid yang bermaksud membentuk kepimpinan insan.
Antara fungsi dan peranan guru ialah guru sebagai pendidik dan pengajar haruslah memiliki kestabilan emosi, ingin memajukan pelajar, bersikap realistik, bersikap jujur dan terbuka, peka terhadap perkembangan terutamanya dalam inovasi pendidikan. Maka guru harus memiliki dan menguasai berbagai jenis bahan pelajaran, menguasai teori dan praktikal pendidikan, menguasai kurikulum dan metodologi pengajaran.

Pengenalan bagi isu dalam Pensijilan Guru


TAJUK : ISU DALAM PENSIJILAN GURU
1.0 Pengenalan
Pendidik memainkan peranan yang penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Mereka bukan sahaja berfungsi untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malahan juga kepada pelajar, masyarakat dan seterusnya kepada seluruh manusia di bumi. Perpaduan kaum juga dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling hormat menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan juga agama.
Sejarah tidak menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara. Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dahulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara profesional dan kreatif. Kedudukan perguruan sebagai profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan (DPK) turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran yang mesti dihadapi oleh seseorang guru.
Profesion perguruan adalah satu profesion mulia yang mencurahkan ilmu pengetahuan dan mendidik pelajar sehingga mereka berjaya ke peringkat pengajian tinggi dan akhirnya menjadi insan yang berguna kepada bangsa, negara dan agama. Tanpa seorang yang bergelar guru yang mendidik di peringkat sekolah, pastinya tidak akan lahir golongan profesional seperti doktor perubatan, doktor pergigian, jurutera, saintis dan sebagainya.