Thursday 24 May 2012

Isu Guru Interim


6.5 Isu Guru Interim
Isu guru interim ini masih baru diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Tujuan program Guru Interim ini bagi mengisi kekosongan penempatan yang ditinggalkan oleh GSTT yang ditawarkan pengajian DPLI di seleruh IPT di Malaysia. Guru Interim adalah guru yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi mengisi kekosongan sementara di sekolah-sekolah KPM. Perkhidmatan mereka adalah sehingga akhir tahun 2012 dan boleh ditamatkan dengan notis sebulan apabila terdapat bekalan guru tetap yang diterima dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).  Pada Januari 2012, KPM telah melantik 2,397 graduan IPTA daripada 5,510 graduan sebagai Guru Interim bagi memenuhi keperluan pengisian guru-guru di Sekolah Menengah. Berikutan penempatan ini, perkhidmatan Guru Interim tersebut akan ditamatkan. Walaubagaimanapun, Guru Interim yang berjaya temuduga akan ditempatkan dan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) pada 23 Mei 2012 berdasarkan keperluan pengisian mengikut opsyen pengajaran di Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT. Oleh itu, perkhidmatan mereka juga berdasarkan kontrak sekiranya tamat tempoh mereka perlu mendapat persetujuan daripada SPP untuk meneruskan kontrak tertakluk pada kekosongan guru. Isu ini masih baru dan tidak lagi menunjukkan kesan yang begitu membimbangkan. Tiada kajian juga dijalankan mengenai isu in. Oleh itu, setiap pelaksanaan sesuatu dasar pasti akan memberikan kesan kepada pihak tertentu. Kesan yang paling ketara terhadap graduan pendidikan yang baru menamatkan pengajian di mana bekerja mengikut kontrak tanpa mendapatkan jawatan yang tetap. Ini tidak adil bagi mereka yang sepatutnya di dahulukan penempatan daripada graduan dari program KPLI dan DPLI. Selain itu, proses penempatan kepada graduan baru mengambil jangka masa yang lama kerana graduan ISMP tidak lagi mendapat penempatan yang tetap.

No comments:

Post a Comment