Thursday 24 May 2012

Isu ISMP dipinggirkan


6.0 Isu-isu Pensijilan Guru
6.1 Isu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( ISMP) dipinggirkan
Menurut Utusan Malaysia ( 3 November 2011) seramai 5000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah berdemo untuk mendapatkan jaminan yang sama dengan penempatan Guru Sandaran Tak Terlatih (GSTT). Mengapakah suasana ini berlaku kepada tempat yang melahirkan guru-guru yang berkualiti dan bitara? Hal ini kerana pihak Kementerian Pelajaran Malaysia( KPM)  telah menyerap 7079 GSTT ke jawatan sebagai guru di seluruh negara selepas menawarkan peluang mengikuti kursus Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dalam bidang perguruan di Institusi Pendidikan guru Malaysia dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Jadi yang menjadi isu terbesar adalah seramai 7000 pelajar lepasan ISMP belum ditawarkan tempat untuk dipostingkan menyebabkan ada dalam kalangan mereka menganggur kerana sukar mendapat pekerjaan yang sesuai menurut Berita Harian (20 Disember 2011)
Cadangan yang telah dibincangkan adalah Kementerian Pelajaran hendaklah mengeluarkan unjuran yang lebih tepat dan telus agar pihak universiti dapat menyediakan jumlah gaduan yang mencukupi. Seterusnya, kerajaan hendaklah memastikan sistem KPLI dan DPLI diperkemas bagi memastikan pelajar betul-betul berminat untuk menjadi seseorang guru yang bukan sekadar memerlukan kerjaya sahaja. 

No comments:

Post a Comment