Thursday 24 May 2012

Kesimpulan mengenai isu Pensijilan Guru


7.0 Kesimpulan
Profesion perguruan adalah satu bidang yang amat mulia dan dipandang tinggi. Masyarakat tidak perlu pandang rendah terhadap jasa guru yang telah banyak menyumbangkan ilmu pengetahuan dan mengerah tenaga untuk melahirkan pewaris ketua negara untuk masa hadapan. Bagi meningkat dan memartabatkan profesion perguruan, pelbagai pihak perlu memainkan peranan penting untuk menangani isu kelayakan guru. Ianya, bertujuan untuk melahirkan guru yang dapat menepati saranan KPM supaya mencapai matlamat yang produktif dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.". Saya amat tidak bersetuju sekiranya mayarakat menganggap profesion perguruan ini sebagai kerjaya terakhir untuk diceburi. Masyarakat harus buka mata dan minda untuk menilai bebanan yang ditanggung oleh seorang guru dalam mendidikan anak bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment